Homestay Seaview di Kuantan
Alin Homestay di Pantai Balok, Kuantan ni memang terbaik jika anda nak bercuti satu keluarga di Kuantan sambil menikmati keindahan Pantai Balok atau pantai2 terdekat di Kuantan.
Pantai balok ni 30 minit dari bandar kuantan tau. Tak jauh lah.
Homestay ni ada 2 bilik dan setiap bilik ada katil queen serta 2 bilik air. Memang senang lah kalau datang satu family. Nak bercuti buat Family Day pun best 🙂
Yang paling best balkoni serta dua2 bilik homestay ni menghadap laut. Syahdu je nikmati angin laut. Tengok lah gambar waktu senja dari balkoni tu. Saujana mata memandang laut yang terbentang luas. Boleh tengok matahari naik lagi. Memang relaklah.
Selain tu homestay ni dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Memang macam kat rumah+resort lah 🙂
? Swimming pool
? Android TV Box pelbagai channel
? Wifi
? 2 katil queen
? 4 helai towel
? 2 parking lot
? peti ais, washing machine & dryer, tv
? hand sanitizer, mineral water, iron, kettle, sabun & shampoo
? tengok matahari naik dari rumah
Homestay ni tak boleh masak tapi microwave, pinggan mangkuk, gelas, sudu disediakan
Kedai runcit dan kedai makan juga berdekatan. Kalau taknak makan luar boleh tapau dan makan kat homestay.
Antara tarikan lain ialah sebarang jalan rumah ada kedai makan, ada tempat org buat keropok lekor fresh, & 10 minit drive utk ke tempat jualan ikan segar. Tempat nelayan balik dari tangkap ikan. Memang bestlah dapat ikan fresh. abang2 dan bapa2 mesti suka 🙂
Homestay ni Direct access ke pantai. Boleh picnic. Tempat bbq pun ada. Kalau taknak sibuk macam Teluk Cempedak inilah tempat santai untuk family.
Untuk anak2? Yeya ada swimming pool 🙂 ada pool dewasa & kanak2. Jacuzzi, sauna, gym, playground semua ada. jacuzzi pun menghadap pantai tau
Book cepat sebab homestay ni memang jadi rebutan kerana seaview dia yang cantik
Call kak Lin untuk book
0193261740
0194172697