Tiket Murah Bukit Merah Laketown Waterpark
Tiket Murah Bukit Merah Laketown Waterpark
Sempena pembukaan balik water park di Bukit Merah Laketown ni, mereka offer tiket masuk dengan harga kaw-kaw murah. Memang nak kasi can semua orang pergi menikmati permainan air kat waterpark mereka. Sesuai sangat lah kan dengan musim yang tengah panas sekarang ni. Boleh ambil peluang datang ke sini dengan keluarga dan kawan-kawan, ramai-ramai bersuka ria berendam dalam air.
Bukit Merah Laketown Resort didirikan dalam keindahan kawasan tasik semulajadi, yang terletak di Taiping Perak, kira-kira 3 jam dari Kuala Lumpur je pun. Waterpark kat sini besar tau, dalam 11 ekar, menjadikannya salah satu taman tema air yang terbesar di Semenanjung malaysia.
Antara aktiviti permainan air kat sini termasuk Boomerang, Giant Wet Bubble, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Crazee Cone, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar, Pail Bath, dan Waterfall Bridge. Maksudnya, memang ada aktiviti untuk seisi keluarga tak kira kecik besar, tua muda. Lepas penat main air, pastikan anda naik chairlift ride yang akan bawak anda pusing melihat panorama seluruh Bukit Merah tu selama 20 minit. Syok je, rileks, tenangkan fikiran. Kemudahan bilik mandi, tandas, surau dan bilik bayi disediakan. Loker, kabana dan pelampung pun tersedia untuk disewa.
Macam best kan? Harga asal tiket masuk adalah RM40 untuk dewasa. Tapi offer kali ni, cuma RM20 je! Separuh harga tu!