fbpx
ActivitiesAttractions

Muzium Samudera Melaka

Bercakap pasal muzium di Melaka salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka ialah Muzium Samudera Melaka yang terletak betul-betul di Bandar Hilir Melaka & hanya bersebelahan dengan Sungai Melaka. Muzium Samudera Melaka atau Muzium Maritim Melaka ini merupakan sebuah replika kapal layar Portugis yang dibina seperti skala asalnya dan di dalam kapal ini menempatkan pelbagai pameran menarik tentang sejarah Melaka.

Kalau bercuti dengan kanak-kanak di Melaka, Muzium Samudera semestinya perlu menjadi destinasi lawatan dalam jadual pelancongan anda di Melaka. Dan yang pasti, selain Muzium Kapal Selam di Klebang inilah dia satu lagi tempat menarik di Melaka dalam kategori muzium yang akan membuatkan kanak-kanak lebih teruja kerana berpeluang merasai menaiki bahtera kapal layar yang segak ini.

Harga tiket Muzium Samudera Melaka, waktu operasi & lokasi

Berikut merupakan informasi penting untuk mereka yang nak melawat Muzium Samudera Melaka/ Muzium Maritim Melaka.

  • Harga Tiket (termasuk dengan Muzium Samudera Fasa I, Muzium Samudera Fasa II & Muzium TLDM):
    • Pelancong Tempatan:
      • Dewasa: RM 5.00 / seorang
      • Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 3.00 / seorang
      • Kanak-kanak ( bawah 6 tahun): Percuma
    • Pelancong Asing:
      • Dewasa: RM 10.00/ seorang
      • Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 6.00 / seorang
      • Kanak-kanak ( bawah 6 tahun): Percuma
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Khamis: 9.00 am – 5.00 pm
    • Jumaat – Ahad: 9.00 am – 9.00 pm
  • Masa lawatan: 30-40 minit memandangkan dengan 1 tiket boleh lawat 3 muzium sekali gus.
  • Parking kereta: Sekitar Medan Samudera. Ada yang kena beli kupon RM 0.40/ 30 minit & ada tempat parking yang sekali masuk RM 2.00.
  • Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
  • Lokasi/ PetaGoogle Map

Klook.com
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button