fbpx
Hotels
Trending

Solesor Kampong Beach Resort – Resort Kabin Instagrammable Santai Dengan Private beach Di Port Dickson

Tak ready lagi nak melancong ke luar negara? Jom ke Solesor Kampong Beach Resort – Resort Kabin Instagrammable Santai Dengan Private Beach Di Port Dickson. Memang Unik dan eklusif untuk percutian anda yang seterusnya. Resort kabin yang selesa dan dilengkapi dengan pantai persendirian. Tidak perlu susah-susah lagi untuk mencari tempat berkelah 🙂

Solesor Kampong Beach Resort – Resort Kabin Instagrammable Santai Dengan Private Beach, sebuah resort yang baru sahaja dibuka sejak 2021 di Kampung Teluk Pelanduk Batu 12, Si Rusa berdekatan dengan Pantai Dickson dan juga Akademi Imigresen Malaysia. Terletak agak jauh dari hiruk piruk kemeriahan Port Dickson. Memang sesuai untuk sesiapa mencari ketenangan.

Solesor Kampong Beach Resort ini menawarkan penginapan kontainer yang berwarna-warni. Berlatar belakangkan Alam semulajadi dan pantai, resort ini tampak eksklusif dan modern.

Terdapat beberapa jenis bilik penginapan di sini untuk anda pilih sesuai dengan saiz keluarga dan bajet anda. Bilik-bilik penginapan mereka semuanya dihias dengan rekaan simple, modern dan cantik. Kalau menginap disini memang mudah, tak perlu ke mana-mana dah. Makanan semua sudah disekalikan di bawah satu pakej dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Nak ke pantai pun boleh pergi ke pantai resort tanpa perlu bersesak dengan ramai orang. Yelah, resort baru buka memang line clear !

Penggayaan unik mereka tidak sahaja terhad kepada bilik-bilik penginapan, malah, ruang umum dan persekitaran resort ini juga sangat cantik. Mampu membuatkan anda berasa seperti berada di negara luar, ruang legar mereka dihias dengan pokok-pokok yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik.

Kawasan persekitaran resort pula sangat cantik, boleh ‘feel’ ala-ala resort mewah di luar negara. Paling seronok duduk di kolam renang sambil melihat pemandangan matahari terbenam.

Walaupun menggunakan kabin kontena dan diubahsuai menjadi bilik tidur, keselesaan tetamu tetap dijadikan keutamaan. Sejuk saja dan tak terasa sempit seperti kabin di resort lain.

Klook.com

Zaman media sosial ni kan, takkan la korang taknak upload gambar untuk Instagram kan? Memang puas hati kalau korang bergambar kat sini sebab banyak sangat port yang cantik-cantik. Selain dari itu, terdapat dua kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kalau nak mandi pula, kena tahu mereka menggunakan air masin jadi sangat mesra pada kulit dan mata! Lepas mandi takder rasa rengsa pun,dan kalau tertelan tak rasa terseksa sangat. Air sangat jernih dan design infinity pool bersama air pancut sangat cantik. Ada 2 tahap kedalaman untuk kolam kanak-kanak dan kolam dewasa dalam 1.2m kedalaman.

Solesor Kampong Beach Resort, Lot 4003, Jalan Batu 12, Kampung Baru Telok Pelanduk, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Hubungi 06-654 6777 atau reservation01.solesor2020@gmail.com

User Rating: Be the first one !

Klook.com
Show More

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button